Jenis-jenis program affiliate dan platform affiliate

Jenis-jenis program affiliate dan platform affiliate

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jenis-jenis program affiliate dan platform affiliate

Dalam artikel terdahulu, saya sudah menerangkan mengenai asas bisnes affiliate. Kali ini saya ingin menerangkan dengan lebih terperinci pula mengenai jenis-jenis program affiliate yang terdapat di pasaran dan juga platform affiliate yangย  selalu digunakan.

3 jenis program affiliate:

  • Pay per sale (PPS) – program PPS adalah program di mana anda akan mendapat bayaran komisen setelah anda berjaya menghasilkan jualan bagi produk tersebut. Program PPS ini adalah yang program affiliate yang paling mendapat sambutan tinggi daripada para affiliaters disebabkan komisen yang ditawarkan kebiasannya adalah tinggi. Kebiasannya komisen akan dibayar setiap hari/setiap minggu/setiap bulan atau setelah cukup jumlah minimum pembayaran komisen.
  • Pay per leads (PPL) – program PPL adalah program affiliate di mana anda perlu mempromosikan link affiliate yang akan menghantar prospek ke laman opt in penganjur. Komisen akan dibayar setelah program PPL tamat, kebiasaannnya dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. komisen ppl pula biasanya bermula dari RM 1 hingga RM 5 bagi setiap leads yang dibawa. P:rogram PPL biasanya mempunyai jumlah minimum pembayaran.
  • Pay Per Click (PPC) – program PPC ini tidak selalu dianjurkan di Malaysia tetapi sebaliknya di luar negara. Melalui program ini, anda dikehendaki untuk membawa prospek klik link yang disediakan oleh penganjur. Komisen akan dibayar hanya setelah anda mencapai syarat jumlah minima yang ditetapkan. Komisen bagi setiap klik adalah rendah, kebiasannya sekitar RM 0.05 hingga RM 0.10 bagi setiap klik.

 

Antara platform affiliate yang selalu digunakan di negara ini adalah onpay dan ordersini. Selain itu antara laman web yang popular dalam menyediakan program affiliate adalah klikjer. Jika di luar negara platform dan laman web yang popular bagi affiliate adalah laman web Jvzoo dan juga warrior plus. Selain itu terdapat juga individu atau organisasi tertentu yang menganjurkan program affiliate melalui laman web mereka sendiri seperti lazada. Selebihnya banyak dianjurkan oleh ‘internet marketer’ (IM tempatan). antara sistem affiliate yang menjadi pilihan mereka adalah ultimate affiliate pro (UAP).

 

Untuk mencari program affiliate yang anda ingin sertai, anda hanya perlu ke marketplace ordersini, onpay dan klikjer bagi melihat program affiliate yang ditawarkan. Anda boleh mendaftar sebagai affiliate produk yang ditawarkan melalui web mereka. Oleh kerana masing-masing menggunakan sistem yang berbeza, jadi cara penggunaan dan ‘interface’ juga adalah berbeza. Tetapi anda tidak perlu risau kerana semua langkah-langkah pendaftaran affiliate dan mendapatkan link affiliate telah dikongsikan di laman web mereka.

 

Alternatifnya, anda boleh membuat carian di facebook. Taip sahaja group affiliate atau jv dan minta untuk sertai group. Setelah permohonan anda disahkan, anda boleh mencari maklumat pendaftaran affiliate dan maklumat produk di dalam group. Mudah sahaja ๐Ÿ™‚

 

Nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes dan strategi promosi bisnes affiliate? Subscribe dengan mailing list kami untuk mendapatkan informasi dan tips terkini mengenai bisnes affiliate dan strategi pemasaran affiliate.

Penulis di cetak biru affiliate. Seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Berpengalaman dalam internet marketing hampir 3 tahun. Now nak berkongsi sedikit pengalaman dengan yang nak belajar khususnya dalam affiliate marketing, website dan produk digital ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *