Perbandingan 8 Sistem Borang Tempahan

Perbandingan 8 Sistem Borang Tempahan

Spread the love
  • 17
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    17
    Shares

Perbandingan 8 Sistem Borang Tempahan

Hari ni nak berkongsi review 8 sistem borang tempahan yang pernah saya gunakan. Sedikit kelainan sebab post ini sesuai untuk anda yang nak menjual produk sendiri, tak kisahlah produk digital atau fizikal.

 

Selain menjadi affiliaters, saya juga sebenarnya pernah dan masih lagi menghasilkan produk-produk digital saya sendiri. Untuk memudahkan urusan pengurusan tempahan dan merekod pembayaran pelanggan saya telah menguji dan mencuba 8 sistem borang tempahan yang terdapat di pasaran. Ada di antaranya yang percuma dan ada yang berbayar.

 

Jom saya kongsikan review dan pengalaman saya mengunakan sistem borang tempahan tersebut:

 

  1. onpay.my

sistem borang tempahan 1

Kelebihan :

  • User friendly – 1st time user pun insyaAllah boleh terus mahir guna. Tutorial disediakan
  • Support pantas melalui live chat..boleh cakap melayu jer
  • Untuk semua jenis penjual, owner produk, yang buka affiliate, yang buka sistem dropship dan ejen
  • Ada tambahan notifikasi sms (add on)
  • Banyak pilihan bayaran (setiap bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan) dan selalu buat diskaun
  • Boleh integrate dengan payment gateway yang lain.
  • 3 bulan free trial. Boleh test power dulu. Ni win…siapa lagi berani bagi..(cuma tahan iklan jelah)
  • Boleh embed terus ke salespage
  • Ni yang paling saya suka – boleh blast emel ke pelanggan, affiliate…dah jadi ala-ala autoresponder.
  • Sistem ni akan wish happy birthday pada pelanggan dan affiliates..power

Kekurangan:

  • Kalau yang tak optimize sistemni..maksudnya jarang-jarang guna, boleh ternganga juga dengan harganya..(but kalau yang jenis maksimakan penggunaannya memang berbaloi)
  • Tak boleh split rank affiliate base on produk atau banyak-banyak segmentation (mungkin ada saya yang tak tahu guna…)

 

2.  Wordpress plugin – Live form – visual form builder

Kena ada wordpress (self hosted dulu sebelum boleh guna)

Kelebihan:

  • Percuma
  • Boleh buat basic form . cukup boleh manage tempahan pelanggan
  • Mudah nak figure out cara nak guna
  • Katanya dah upgrade dan improve sekarang ni (saya pun tak try yang baru)

Kekurangan:

  • Boleh bina form basic dan terhad kepada maksimum 8 element sahaja setiap borang (tapi oklah tu) bukan nak buat survey kan
  • Paparan basic..Nampak sangat plain

 

3. Response’o’matic

Siap ada video tutorial lagi.

Kelebihan:

  • Percuma (tapi untuk satu borang jer) Lebih kena bayar. (tak tahu nak masuk dekat mana..so dua-dua nanti pun ada)
  • Paparan yang cantik,nampak pro sikit
  • Boleh integrate dengan wordpress, blogspot
  • straight forward, senang nak guna
  • Boleh embed straight ke salespage

Kekurangan:

  • Satu akaun emel boleh ada satu form je  untuk akaun percuma.

 

4. 123 contact forms

 

Kelebihan:

  • Boleh bina hingga 5 borang tempahan untuk satu akaun percuma
  • Mudah digunakan
  • Terdapat lebih 100 template borang tempahan (macam-macam jenis borang ada) ambil dan edit sahaja
  • Paparan kemas dan menarik
  • Boleh embed ke sales page atau direct terus ke url borang

Kekurangan:

  • ada limitation maksimum no of element yang boleh anda tambah untuk setiap borang…

5. Projualan

 

Jangan confuse. Sistem projualan ni dikuasakan oleh sistem mimevo. Projualan ni ada reseller right untuk jual semula sistem mimevo. Saya ambil melalui projualan.

Kelebihan:

  • support yang pantas, superb, tak berbelah bagi dari owner projualan
  • tak perlu guna hosting sendiri
  • Sistem nampak pro, paparan kemas dan menarik
  • Boleh integrate dengan payment gateway seperti senangpay dan billplz.
  • support sistem affiliate
  • tiada bayaran bulanan

Kekurangan:

  • Agak complicated sikit nak guna pada awalnya tapi bila dah familiar sangat mudah sebenarnya
  • Tak boleh tengok statistik affiliate (coming soon)

6. Odarr form

sistem borang tempahan

 

Kalau nak test boleh KLIK SINI

Sistem borang ni saya turut jadi reseller. so kalau anda buat pembayaran sunguh0sunguh apabila tekan link di atas tu, memang anda akan dapat sistem tersebut.

Kelebihan:

  • Simple dan sangat mudah nak guna
  • Straight forward
  • Harga yang murah
  • ada fungsi notifikasi SMS (add on – beli kredit sms)
  • Dashboard yang memudahkan pengurusan tempahan

Kekurangan:

Walaupun saya reseller saya bagitahu je kukurangan yang saya rasa

  • Terlalu simple dan hanya ada fungsi asas (ada fungsi untuk produk variasi tetapi perlu bayar tambahan)

7. Woocommerce

ok mungkin agak understatement untuk saya kata woocomerce ni sekadar sistem borang tempahan. Sebab ianya boleh jadi lebih dari itu.

Nak test fungsi woocommerce? KLIK SINI. (jangan buat pembayaran betul-betul, saya tak jual barang tersebut). Tapi kalau nak belajar dengan ringkas untuk bina website dengan fungsi tersebut KLIK SINI.

Kelebihan:

  • Percuma yet fungsinya begitu mengagumkan
  • Senang nak setup, ada tutorial
  • Boleh integrate dengan payment gateway senangpay, billplz, paypal dan banyak lagi
  • Boleh menguruskan tempahan produk digital dan fizikal
  • Support fungsi variable product dan group product
  • Support fungsi automatic calculate shipping cost (kena tambah plugin) berdasarkan shipping zon

Kekurangan:

  • Perlu integrate dengan 3rd party system untuk tambah fungsi lain seperti affiliate
  • Pelru install plugin lain untuk remove default foeld dalam order form seperti alamat.

8. ordersini.com

sistem borang tempahan

 

jangan terpedaya dengan front page order sini, nampak simple tapi power.

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Simple , first time guna pun dah boleh terus bina borang tempahan
  • Support fungsi affiliate
  • Boleh rank affiliate ikut produk, jadi nak buat pay per lead pun senang lepas ni
  • Support fungsi variable product
  • Sesuai untuk produk digital dan fizikal

Kekurangan:

  • Awal-awal dulu banyak function tak ada lagi,

(tak habis lagi testing ordersini ni sebenarnya…)

 

Honourable mention:

Senangpay dan billplz walaupun saya kategorikannya sebagai payment gateway.

 

Top 4 saya (tidak mengikut turutan)

  1. Woocommerce
  2. Onpay
  3. Ordersini
  4. Projualan

* Saya mohon maaf jika penulisan yang saya tulis dalam artikel ini menyinggun mana-mana pihak. Pendapat saya ini adalah melalui pengalaman saya sendiri selama menggunakan sistem ini. Pendapat saya ini mungkin berbeza dari pengalaman pengguna yang lain.

Anda rasa artikel ini bermanfaat? tolong sharekan artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain ya.

 

 

Penulis di cetak biru affiliate. Seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Berpengalaman dalam internet marketing hampir 3 tahun. Now nak berkongsi sedikit pengalaman dengan yang nak belajar khususnya dalam affiliate marketing, website dan produk digital 🙂

6 thoughts on “Perbandingan 8 Sistem Borang Tempahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *