Plugin percuma bantu kumpul list emel melalui blog anda

Plugin percuma bantu kumpul list emel melalui blog anda

Spread the love
  • 14
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    14
    Shares

Untuk anda yang mempunyai blog, anda boleh kumpul list emel melalui blog anda. Anda boleh menggunakan plugin percuma yang terdapat di pasaran. Melalui cara ini anda boleh boleh kumpul list emel melalui blog tanpa perlu menggunakan landing page dan juga pagebuilder.

 

Salah satu plugin yang saya selalu gunakan untuk kumpul list emel melalui blog adalah plugin Icegram. Plugin ini dapat digunakan dengan hampir semua emel autoresponder yang terdapat di pasaran. Terdapat beberapa plugin lain lagi yang anda boleh gunakan, namun dalam artikel ini saya akan menunjukkan setting yang diperlukan bagi mengumpul list emel dengan bantuan plugin icegram.

Untuk install plugin ini, anda perlu:

Pergi ke dashboard wordpress anda > plugins > add new. Taipkan Icegram di kotak carian dan klik enter. Klik butang install now.

Klik activate.

Sebelum anda boleh menggunakan plugin ini, anda perlu mempunyai akaun emel autoresponder.

Anda boleh menggunakan mana-mana emel autoresponder yang saya senaraikan di bawah atau anda bebas memilih mana-mana emel autoresponder yang lain.

 Kumpul list emel melalui blog

 

 

 

 

 

Anda boleh pilih mana-mana autoresponder yang sesuai dengan bajet anda. Paling bagus jika anda boleh gunakan emel autoresponder yang mempunyai data analytic seperti Aweber, Mailchimp, Getresponse, Gresponsive.

 

Tapi  kalau anda nak test power dulu, pakai autoresponder yang biasa seperti Emelmatik dan Thru.my pun dah lebih dari okay. Malah saya sendiri menggunakan khidmat kedua-dua autoresponder Emelmatik dan Thru.my.

 

Dalam panduan ni saya akan kongsikan cara ringkas untuk daftar dan setup emel autoresponder Thru.my.

 

Pergi ke laman web Thru.my.

Klik daftar.

Masukkan emel anda yang sah dan klik butang proceed to checkout.

Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang pay now. Anda mesti mempunyai kredit kad atau debit kad untuk membuat pembayaran emel autoresponder ini.

Lengkapkan pembayaran di paypal dan tunggu maklumat login emel autoresponder di emel yang anda telah daftarkan tadi.

 

Log in ke akaun anda dan di bahagian dashboard klik add new autoresponder.

Isikan maklumat yang diperlukan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Sentiasa pilih option untuk double opt in.

Di bahagian confirmation email to send to subscribers, pilih verification link.

Setelah selesai klik butang add new account.

 

Setelah itu pergi ke dashboard thru.my untuk mendapatkan kod autoresponder (AR) yang baru anda bina sebentar tadi.

Pilih AR anda dan klik Form generator.

Klik generate form.

Salin kod html tersebut.

 

Pergi semula ke dashboard wordpress dan di bahagian dashboard icegram.

Klik edit dan publish it.

 

Pilih type message anda. Untuk panduan ini saya akan tunjukkan cara nak setup action bar. Pilih action bar sebagi type.

 

Untuk theme anda boleh pilih mana yang sesuai dengan background atau themes anda.

Isikan maklumat yang diperlukan seperti tajuk action bar, heading dan juga message body. Setelah selesai klik butang publish. Untuk masa, saya prefer guna interval di antara 2-5 saat sebelum action bar ini dipaparkan.

Tandakan use opt-in dan pilih mana-mana style yang anda inginkan untuk action bar anda.

Copy dan paste kod AR yang anda dapatkan tadi dan paste ke dalam ruangan yang disediakan. Anda juga boleh personalise call to action (CTA) di action bar.

Setelah selesai klik butang update.

Anda boleh mengawal setting kepada siapa dan bila pelawat anda akan dapat melihat action bar anda di bahagian message rule.

Ini merupakan paparan action bar anda setelah semua setting tadi selesai disetup. Cuba test dengan emel sendiri dahulu sebelum anda mengaktifkannya kepada pelawat anda bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Jika anda menerima mesej seperti ini, maka semua setup anda sudah berhasil.

 

Apa yang perlu anda lakukan secara konsisten ialah untuk menulis artikel yang berkualiti di blog anda dan perlu mempromosikan blog anda secara konsisten bagi menarik pembaca atau trafik datang ke blog anda. Lebih banyak trafik yang anda bawa, lebih tinggi peluang untuk anda kumpul list emel melalui blog anda.

 

Nak tahu lebih lanjut mengenai cara setting blog, membawa trafik ke blog dan monetize blog anda?

 

Baru-baru ini saya baru sahaja menyiapkan satu panduan mengenai blog yang mengandungi 3 ebook utama iaitu:

 

  1. Ebook blogprint – Melalui ebook ini saya kongsikan secara step by step langkah-langkah yang perlu anda buat untukmembina blog bermula dari daftar domain dan hosting, install wordpress, install SSL certificate sehinggalah anda boleh membina blog yang berfungsi dan membina post pertama anda.
  2. Ebook 10 Teknik menjemput trafik – Melalui ebook ini , saya kongsikan 10 teknik yang feasible bagi anda menjemput trafik ke blog baru. Malah saya turut kongsikan jenis-jenis artikel yang selalu dicari oleh para pembaca.
  3. Ebook 3 Teknik monetize blog – Melalui ebook ini pula, saya kongsikan 3 cara yang mampu dilakukan oleh anda bagi menjana pendapatan tambahan melalui blog baru anda. Ada cara pantas dan cara yang kurang pantas tapi mampu menghasilkan pendapatan tambahan yang lebih konsisten.

Jika anda berminat untuk menguasai asas pembinaan blog serta cara monetize blog, anda boleh mendapatkan panduan tersebut DI SINI.

 

Adakah artikel ini bermanfaat? Tolong saya untuk sharekan post ini kepada rakan-rakan anda supaya lebih ramai yang dapat manfaat.

Penulis di cetak biru affiliate. Seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Berpengalaman dalam internet marketing hampir 3 tahun. Now nak berkongsi sedikit pengalaman dengan yang nak belajar khususnya dalam affiliate marketing, website dan produk digital 🙂

One thought on “Plugin percuma bantu kumpul list emel melalui blog anda

  1. Emailmatik dan thru.my memang sesuai untuk mereka yang baru nak bermula dengan fungsi paling asas, design pun plain aje. Tapi bolehlah, kosnya pun murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *