5 tips memilih domain

5 tips memilih domain

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sewaktu mula memilih domain name untuk cetakbiruaffiliate ni, banyak juga benda yang bermain di fikiran saya. Actually saya tukar domain ni setelah blog utama saya iaitu ahmadshahrin.com saya diserang teruk (saya restore je, content semua hilang semula) dan saya give up untuk bangunkan semula blog tu huhu. Blessing in disguised dia pun ada, blog lama tu dah terlalu cac merba.

 

So dengan kewujudan blog cetakbiruaffiliate.com ni saya dapat lebih fokus berkongsi info dan maklumat mengenai pemasaran affiliate. Plus sebagai pembaca pun tak adalah pening sangat dengan info overload yang tak berkaitan.

 

Just nak share sedikit pengalaman saya sewaktu memilih domain untuk blog ini, saya memilih domain dengan menggunakan 5 tips berikut:

5 Tips Memilih Domain

  1. Menggunakan extension .com – Secara psikologi kebanyakan orang lebih biasa dan tertarik kepada domain .com. Tapi ada juga extension selain .com yang bagus. Contoh terdekat ialah blog IM tempatan yang tersohor seperti rajakamil.biz. Daripada data yang diperolehi dari Registrar Stats. 75% pengguna menggunakan domain extension .com
  2. Mencari nama yang mencerminkan content blog/bisnes – Lebih mudah untuk diingati dan lebih relevan dengan carian orang di internet. Sebagai contoh untuk peniaga homestay, lebih bagus untuk menggunakan domain yang mengandungi perkataan homestay seperti zalnitahomestay.com. Sebaiknya cuba limitkan domain kepada 2-3 perkataan sahaja supaya lebih mudah diingati.
  3. Elakkan penggunaan tanda ayat atau nombor – Jangan gunakan tanda ayat seperti (-) atau nombor di dalam domain anda. Kekalkan kepada perkataan sahaja.
  4. Gunakan nama brand anda – Jika ada sudah ada brand sendiri, gunakan sahaja nama brrand anda. Jika tidak ada dan ingin brandingkan diri anda, sebaiknya gunakan nama anda sendiri.
  5. Gunakan Domain Name Generator – Kalau masih buntu juga, gunakan jer bantuan dari Domain name generator. Anda taip je perkataan yang relevan, domain name generator ni akan tolong bagi idea untuk anda. Anda boleh start cuba gunakan domain name generator ni DI SINI

 

Sedikit sebanyak itulah dia tips simple dan mudah yang anda boleh gunakan sewaktu memilih domain untuk blog/bisnes anda.

 

Tak tahu cara daftar domain dan hosting? Baca artikel ini.

 

Adakah artikel ini membantu? Boleh tolong sharekan pada rakan-rakan anda yang lain tak? Sharing kan caring…..

Penulis di cetak biru affiliate. Seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Berpengalaman dalam internet marketing hampir 3 tahun. Now nak berkongsi sedikit pengalaman dengan yang nak belajar khususnya dalam affiliate marketing, website dan produk digital 🙂

5 thoughts on “5 tips memilih domain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *