Free Gift Julai 2017

Free Gift Julai 2017

Spread the love
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares

Salam hormat. Jumpa lagi di bulan julai 2017. Kali ini free gift yang saya nak berikan kepada pembaca dan subscriber cetakbiru affiliate merupakan kesinambungan free gift Jun 2017.

Banyak emel yang saya dapat minta saya kongsikan dngan lebih detail cara nak setup blog wordpress dari awal. So untuk tak menghampakan mereka yang request, saya sharekan serba sedikit secara ringkas.

Untuk membina blog wordpress, anda perlu mendaftar domain dan hosting terlebih dahulu.

[icegram campaigns=”17″]

Blog merupakan salah satu medium promosi yang evergreen dan telah ada sekian lama. Kebanyakan marketer luar negara gemar menggunakan medium ini.  Medium yang paling famous untuk berblog ialah wordpress dan blogger.

.

.

Jika anda ingin menggunakan wordress (self hosted) sebagai medium blog anda, anda perlu ada domain dan hosting terlebih dahulu. Saya menggunakan perkhidmatan netkl. Saya prefer gunakan netkl sebab ianya murah dan domain dan hosting anda boleh diaktifkan lebih kurang 5-10 minit setelah anda membuat pembayaran.

.

.

So jom saya tunjukkan step by step ringkas untuk daftar domain dan hosting bagi blog anda 🙂

.

.

Step 1

.

Pergi ke laman web  netkl untuk mendapatkan domain & hosting dari pihak netkl.

Step 2

.

Pilih Home > shared hosting > for beginers. Nak pilih yang advanced pun boleh. Terpulang pada anda. Cuma dalam tutorial ni saya akan tunjukkan satu pilihan sahaja.

Step 3

.

Buat pilihan pakej anda. Jika anda ada banyak jenis produk atau perniagaan yang berbeza, anda mungkin mempertimbangkan untuk ambil pakej hosting yang boleh tambah beberapa domain & subdomain. Jika hanya satu, boleh mulakan dengan pakej yang terendah..Anda boleh upgrade bila perlu. Setelah buat pilihan klik butang order now di bahagian bawah.

Step 4

.

Pilih dan semak domain anda sama ada masih available atau tak. Jika tak available sila pilih domain lain. Untuk dapatkan domain percuma, pilih domain extension seperti yang diberitahu di bahagian bawah

Jika tak ada idea nak pilih domain, pilih sahaja nama anda. Ini bagus untuk brandingkan diri anda sekaligus.

.

Step 5

.

Setelah pasti domain available, klik butang continue

Step 6

.

Semak pakej yang anda pilih. Setelah confirm, klik butang continue.

Step 7

.

Klik butang update cart. Pilih Option ID protection jika anda nak. (ID protection berfungsi untuk melindungi privacy domain anda)

Step 8

.

Klik butang checkout

 

 

Step 9

.

Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang complete order

Step 10

.

Semak emel anda untuk invoice dari pihak netkl. Buat pembayaran dan hantar bukti pembayaran kepada pihak netkl. Tunggu emel pengesahan dari pihak netkl. Setelah itu anda akan menerima butiran cpanel & domain & hosting status anda sudah aktif .

 

JIka ingin pengaktifan pantas, anda boleh membuat bayaran dengan paypal

 

Seterusnya anda perlu install blog wordpress anda.

 

Step 1

Dapatkan akses Cpanel anda di emel yang anda daftarkan domain dan hosting anda sebelum ini.

 

Step 2

Klik pada pautan cpanel yang diberikan di dalam emel. Anda akan dibawa terus ke akaun cpanel anda. Jangan lupa masukkan dulu username dan password cpanel anda terlebih dahulu. (Maklumat tersebut boleh didapati di dalam emel cpanel information sebelum ini). Untuk makluman paparan cpanel anda mungkin berbeza dengan apa yang saya tunjukkan di dalam artikel ini jika anda melanggan domain dan hosting dari pihak lain selain netkl.

 

Step 3

Skrol mouse anda sehingga anda jumpa pilihan softacolous Apps Installer dan klik ikon wordpress.l

 

Step 4

Klik butang install now.

 

Step 5

Pilih domain yang sudah anda daftarkan. Di bahagian protocol anda boleh pilih protocol yang anda suka. Sebaik-baiknya pilih protocol dengan https://

 

Step 6

Masukkan semua maklumat yang diperlukan. Untuk username elakkan guna admin. Masukkan password (sehingga indicator strong). Pastikan anda mencatat username dan password yang anda bina tadi. Masukkan emel anda yang sah supaya jika anda terlupa password ianya boleh dihantar semula ke emel anda.

Step 7

Klik butang install

 

Tahniah! anda telah berjaya install website/blog wordpress anda.

Untuk pergi ke dashbiard wordpress anda taipkan sahaja url ini

www.domainanda.com/wp-admin

masukkan username dan password yang anda bina tadi untuk akses dashboard anda.

 

Pastikan juga anda install SSL certificate bagi blog wordpress anda.

Anda boleh install dengan beberapa langkah mudah seperti di bawah:

Setelah anda install website wordpress anda di netkl, anda perlu pergi ke ruangan cpanel domain dan hosting anda.

 

Seterusnya anda perlu pergi ke bahagian security

Klik pada SSL/TLS

Klik manage SSL sites

Pilih domain anda

 

Setelah selesai, klik install certificate, itu sahaja..

Seterusnya anda boleh lihat setup blog dalam video yang saya dah siapkan sebagai free gift untuk anda DI SINI.

Tapi ada blog sahaja tidak memadai. Anda perlu rancang strategi untuk konten anda supaya ianya mendapat reach yang tinggi kepada pembaca-pembaca blog anda.

Anda boleh menggunakan teknik SEO dalam menulis artikel di blog anda. Walaupun begitu teknik SEO ini mengambil masa sekitar 3-6 bulan bergantung kepada kata kunci dan teknik yang anda gunakan dalam menulis artikel di blog anda.

Jika anda inginkan blog anda mendapat ranking yang bagus dan kedudukan di page pertama enjin carian google denghan lebih pantas, teknik Search engine marketing (SEM) mungkin sesuai untuk anda.

Anda boleh belajar secara detail teknik SEM DI SINI.

Anda akan dapat 16 video mengenai teknik SEM ini.

 

Memang superb! Plus panduan ini dihasilkan oleh owner, Tuan Aulis yang certified by google sendiri dalam google adwords. Content wise memang terbaik.

Dan sebab panduan ni best, ada lagi gift untuk anda kalau anda bercadang nak belajar SEM ini dengan bersungguh-sungguh. Anda boleh lihat sendiri apa gift yang saya nak berikan kepada anda DI SINI.

 

Semoga free gift dan info yang saya kongsikan ini berguna untuk anda.

Anda rasa artikel ini berguna? Tolong sharekan kepada rakan anda yang lain sama ya..

Penulis di cetak biru affiliate. Seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Berpengalaman dalam internet marketing hampir 3 tahun. Now nak berkongsi sedikit pengalaman dengan yang nak belajar khususnya dalam affiliate marketing, website dan produk digital 🙂

2 thoughts on “Free Gift Julai 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *