Langkah Asas Pemasaran Affiliate

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Spread the love
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
    6
    Shares

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi mengenai langkah-langkah asas untuk membuat promosi produk affiliate. Artikel ini ditulis sempena menjawab soalan beberapa subscriber saya mengenai bagaimana mereka boleh bermula untuk mempromosikan produk affiliate yang telah mereka pilih.

.

.

Pemilihan niche

.

.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk memilih niche produk affiliate yang bakal anda promosikan. Ini kerana pemilihan niche adalah penting bagi mengenalpasti target bakal prospek dan juga pelanggan anda nanti. Misalnya jika anda memilih niche mengurangkan berat badan, pastilah target prospek anda adalah di kalangan orang yang obes, wanita yang baru lepas bersalin dan mereka yanng mempunyai masalah berat badan.

.

.

Tak ada idea untuk memilih mana-mana niche yang spesifik? Anda patut sertai program affiliate ini yang menawarkan produk dengan pelbagai niche. KLIK LINK ini untuk mendapatkan info selanjutnya.

.

.

Mendaftar sebagai affiliate

.

.

Terdapat pelbagai program affliate yang ada di pasaran Malaysia. Namun ketika ini saya percaya, ramai vendor dan pemilik produk menguruskan sistem tempahan dan pengurusan affiliate mereka dengan menggunakan sistem onpay.

.

.

Dalam artikel ini, saya kongsikan cara bagaimana anda boleh mendaftar di program affiliate saya sendiri yang menggunakan sistem onpay.

.

.

Pergi ke url program affiliate tersebut.

https://ahmadshahrin.onpay.my/affiliate/register

(untuk program affiliate lain, anda bolh follow dengan step yang sama, hanya perlu masukkan url ke program affiliate tersebut)

Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diminta. Isi semua maklumat dengan betul. Pastikan anda memasukkan emel dan no telefon sebenar yang boleh diakses. Tandakan kotak pada bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah.

 

Log masuk ke halaman affiliate tadi dengan menggunakan kata laluan dan password yang anda isikan sewaktu pendaftaran sebelum ini. Pergi ke bahagian  sebelah atas kanan dan klik pada tetapan – profll akaun.

Paling penting jangan lupa untuk masukkan butiran akaun bank anda yang lengkap supaya penganjur boleh membuat pembayaran kepada anda apabila anda berjaya menghasilkan jualan. Anda juga boleh edit maklumat akaun anda di bahagian tetapan ini.

Untuk mendapatkan link affiliate, klik pada pilihan link affiliate. Copy link affiliate anda. Gunakan link affiliate ini untuk anda promosikan produk affiliate kepada prospek.

*Anda boleh menggunakan tutorial ringkas yang saya tunjukkan ini untuk mendaftar dan mendapatkan link affiliate di semua program affiliate yang menggunakan sistem onpay.

.

.

Untuk memendekkan url link affiliate anda, sila baca artikel ini.

.

.

Teknik mempromosikan produk affiliate

.

.

Ada beberapa cara dan teknik untuk anda melakukan promosi untuk produk affiliate yang anda pilih. Kebiasaannya semua teknik-teknik ini boleh digunakan untuk hampir kesemua niche produk affiliate yang anda promosikan.

 

Saya senaraikan beberapa jenis promosi affiliate yang biasa saya buat dan proven menghasilkan komisyen produk affiliate yang saya promosikan.

 

  1. Pemasaran emel – Teknik evergreen. Anda perlu ada sistem emel autoresponder terlebih dahulu sebelum anda gunakan teknik ini.

 

  1. Promosi di FB wall – Teknik ini yang paling ramai buat kerana lebih mudah dan pantas serta percuma.  Tapi sebelum membuat promosi menggunakan teknik ini anda perlu ada sekurang-kurangnya 1000 friends di facebook anda. Pastikan friends anda ini mempunyai minat yang sama dalam niche produk yang anda akan promosikan. Add sekitar 10 friends sehari supaya FB tak banned anda. Post dalam bentuk penceritaan supaya tidak kelihatan terlalu ketara yang anda sedang mempromosikan produk affiliate tersebut. Kenapa? Sebab sekarang ni FB terlalu banyak iklan. So kebiasaannya orang tak berapa nak membaca post iklan.

 

  1. Promosi di FB group – Sama sahaja dengan teknik promosi di FB wall. Cuma teknik ini memerlukan anda mencari group FB yang bersesuaian dengan niche yang anda pilih. Pastikan anda mengikuti peraturan yang ditetapkan admin group. Elakkan group yang menjadikan syarat anda kena add kawan-kawan dahulu sebelum boleh mula beriklan. Terdapat juga beberapa software yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat promosi di FB group

 

  1. Promosi di blog – Satu lagi teknik evergreen. Terdapat beberapa cara menggunakan blog sebagai medium mempromosikan produk affiliate. Anda boleh menggunakan teknik penulisan artikel dan menyelitkan link affiliate anda di dalam artikel tersebut. Artikel tersebut anda boleh buat dalam cara story telling, panduan berinformasi atau secara direct.

 

  1. Teknik bonus – teknik kegemaran saya. Melalui teknik ini kita offer prospek bonus yang berkaitan dengan produk yang kita promosikan sebagai nilai tambah untuk prospek dan pelanggan kita. Kebiasaannya ini akan membuatkan prospek lebh berminat untuk mendapatkan produk tersebut melalui link affiliate anda.

 

Selamat bermula dalam pemasaran affiliate. Semoga berjaya menghasilkan komisen pertama anda.

 

Adakah artikel ini membantu? Boleh tolong share artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain?

 

 

 

 

 

CB Affilliate

CB Affilliate

Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror.

Leave a Replay

About CB AFFILLIATE


Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror. Kami share pelbagai jenis program affiliate yang boleh disertai.

Recent Posts

Produk cadangan

Sign up for our Newsletter

Privasi anda terjaga.

Close Menu