Cara Mudah Pendekkan Link Affiliate

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Link affiliate ni kalau dah biasa memang tahu betapa panjangnya link ni. Contohnya seperti link di bawah ini:

https://ordersini.com/view/r8qIAh4?ref=155&landing=yes

Untuk lebih nampak cantik ianya boleh dipendekkan seperti contoh di bawah:

http://bit.ly/RBmethod

http://bit.ly/2oMAQpq

Apabila link ini dipendekkan ianya nampak lebih kemas, menarik perhatian dan lebih mudah untuk diingati. Tambahan pula anya akan kurang menjauhkan prospek dari menekan link affiliate tersebut.

 

Terdapat banyak penyedia perkhidmatan percuma yang anda boleh gunakan untuk memendekkan link affiliate anda ini. Tapi dalam artikel ini saya hanya akan menceritakan dan menerangkan tentang penggunaan link shortener bit.ly sahaja.

 

Untuk menggunakan aplikasi ni, anda haru pergi ke laman web bit.ly terlebih dahulu. KLIK SINI untuk pergi ke laman bit.ly.

Klik butang sign up

 

 

Anda boleh pilih sama ada anda mahu sign up menggunakan facebook, twitter ataupun secara biasa dengan membina akaun baru dengan mendaftar username dan email anda. Untuk artikel ini saya akan menunjukkan cara untuk membina akaun baru dengan mendaftar username dan akaun emel anda.

 

Masukkan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian klik butang create account.

 

 

Anda akan dibawa masuk ke halaman ini. Klik pangkah pada paparan pop up tersebut. Pada yang tak berapa mudah nak ingat password, klik save supaya browser google tolong simpankan password untuk anda.

 

Klik butang create bitlink (bewarna oren) untuk pendekkan url pertama anda.

 

Copy dan paste url (link affiliate anda) di ruangan paste link.

 

Untuk memudahkan anda, anda boleh masukkan tajuk produk affiliate yang anda promosikan di bahagian tajuk. Sebagai contoh link affiliate yang say atunjukkan ini ialah link affiliate saya mempromosikan ebook panduan airbnb. Jadi saya masukkan tajuknya sebagai Ebook AirBNB.

 

Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh customizekan link yang sudah dipendekkan itu seperti di bawah:

http://bit.ly/ebookairbnb

Apa yang anda perlu buat ialah tulis sahaja apa-apa nama di bahagian customize link supaya ianya menggambarkan produk yang anda ingin promosikan.

 

Mudah sahaja bukan? Kini link affiliate anda sudah lebih pendek, kemas dan lebih mudah untuk dipromosikan di blog, emel dan juga media sosial.

 

Adakah artikel ini membantu? Boleh tolong share artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain?

CB Affilliate

CB Affilliate

Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror.

Leave a Replay

About CB AFFILLIATE


Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror. Kami share pelbagai jenis program affiliate yang boleh disertai.

Recent Posts

Produk cadangan

Sign up for our Newsletter

Privasi anda terjaga.

Close Menu