Tips penulisan emel

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

[icegram campaigns=”17″]
Tips-tips penulisan emel

 

Dalam pemasaran emel memang copywriting memainkan peranan penting. Ini kerana dalam sehari, secara purata kita menerima lebih 20 emel ke dalam inbox kita. Jadi untuk memastikan penulisan dan content yang nak disampaikan kepada subscriber kita itu dibuka dan dibaca, kita perlu menarik perhatian mereka seawal di tajuk emel itu sendiri.

 

So di bawah ni saya listkan beberapa tips penulisan tajuk emel yang baik dan boleh dijadikan panduan untuk anda menulis emel anda kepada subscriber anda nanti

 

Penulisan tajuk emel

 

  1. Pastikan tajuk emel yang ditulis straight to the point & direct je dengan objektif anda.

Tajuk yang direct lebih mudah mendapat perhatian pembaca dan lebh mudah difahami.

Contoh:  Abu, saya dah dapat komisen affiliate pertama lepas baca panduan ABC ni…

 

  1. Guna nama penerima emel (kalau dia letak nama merapu nasib dia lah nanti)

Nampak lebih mesra dan lebih personal. Macam kita emel ke dia sorang jer J

Contoh:  Abu, saya dah dapat komisen affiliate pertama lepas baca panduan ABC ni…(sama je dengan contoh kat atas..hehehe…)

 

  1. Jangan overhype!

Jangan janji keterlaluan ataupun janji benda yang anda tak pasti

Contoh: Kompem dapat RM18,000 sebulan, secara sambilan sahaja dengan teknik ni

  1. Emel bertanyakan soalan

Ini untuk menarik perhatian pembaca untuk mengetahui apakah jawapan kepada soalan tersebut

Contoh: Abu buat pemasaran affiliate tapi tak pernah dapat sale?

  1. Beritahu faedah/kebaikan produk yang anda promosikan

Bagitahu direct je apa faedah yang bakal mereka dapat

Contoh: 5 teknik berkesan tingkan sales affiliate di FB

 

Memastikan emel anda dibaca

 

Tiada jalan pintas dan teknik yang 100% berkesan bagi memastkan semua emel yang dhantar oleh anda dibuka dan dibaca oleh subscriber anda. Apa yang boleh anda buat ialah try and error dan memperbaiki kualiti penulisan emel anda setiap masa. Anda boleh melihat contoh-contoh emel yang dihantar oleh authority figure dalam niche anda. Jangan tiru bulat-bulat sudah.

 

Antara tips-tips yang anda boleh buat sewaktu menulis emel dan memastikan subscriber anda embuka dan membaca emel anda ialah:

 

  1. Beri tips kepada subscriber

 

  1. Educate prospek anda supaya boleh wujudkan keperluan kepada produk yang anda ingin promosikan

 

  1. Timbulkan kerisauan kepada pembaca anda

 

Contoh: Risau perut buncit selepas raya?

 

  1. Explain secara ringkas bagaimana produk yang dipromosikan itu dapat membantu menghilangkan masalah mereka

 

  1. Explain kebaikan yang pembaca dapat apabila mereka dapat menyelesaikan masalah dengan produk yang anda promosikan itu

 

  1. Beritahu apa yang mereka perlu lakukan, Masukkan Call to action (CTA) dalam penulisan emel anda

 

Selamat mencuba dan sentiasa perbaiki copywriting dan teknik penulisan emel anda. Ianya akan menjadi lebih mudah apabila lebih kerap anda melakukannya. Selamat mencuba dan selamat berjaya.

 

Anda rasa artikel ini membantu? Tolong share pada rakan-rakan anda yang lain ya

CB Affilliate

CB Affilliate

Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror.

Leave a Replay

About CB AFFILLIATE


Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror. Kami share pelbagai jenis program affiliate yang boleh disertai.

Recent Posts

Produk cadangan

Sign up for our Newsletter

Privasi anda terjaga.

Close Menu