Asas Affiliate

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Spread the love
  • 28
  •  
  •  
  •  
  •  
    28
    Shares

 

Maksud Affiliate

Basically dalam bahasa mudahnya, affiliate ni lebih kurang macam dropship untuk produk digital. Walaupun begitu ada juga affiliate untuk produk fizikal. Cuma secara umumnya affiliate ni kebanyakkannya digunakan untuk produk digital.

So macam mana pemasaran affiliate ni berfungsi? Pertama selaku affiliate marketer anda perlu memilih produk dan program affiliate yang anda nak sertai dan promosikan. Seterusnya promosikan link affiliate tersebut secara sah. Jika ada pelanggan yang membeli produk tersebut dari link affiliate anda, maka anda layak menerima komisyen dari penganjur sekiranya pebelian tersebut disahkan.

 

Komisen affiliate ni bergantung kepada penganjur. Tapi kebiasaaanya sekarang ni komisen affiliate yang umum adalah sekitar RM 20 –RM 100 untuk setiap unit yang berjaya dijual. Lumayan kan? Malah ada yang offer lebih RM 100 untuk setiap unit yang berjaya dijual.

Pembayaran komisen pula paling cepat dibayar pada hari yang sama dan paling lewat sekitar 30 hari selepas pembelian pelanggan disahkan.

 

Jenis-jenis program affiliate

 

  1. Pay per click (PPC) – program affiliate seperti ini jarang diadakan di Malayia dan lebih popular di luar negara. Anda akan diberi komisen setiap kali prospek klik link affiliate anda. Kebiasannya pay per click ini digunakan penganjur untuk membawa trafik ke laman yang beliau hendak promosikan. Komisen pay per click ini pula adalah rendah sekitar RM 0.02 – 0.20 per click da nada minimum payout sebelum komisen dibayar kepada anda
  2. Pay per lead (PPL) – program affiliate seperti ini dilakukan untuk penganjur mengumpul list emel. Kebiasaannya komisen sekitar RM 0.50 hingga RM 3 untuk setiap leads yang berjaya anda dapatkan. PPL juga kebiasaannya ada minimum payout sebelum anda dapat bayaran.
  3. Pay per sale (PPS) – program affiliate seperti ini adalah yang paling famous sekali di negara kita. KOmisen pula adalah jauh lebih tinggi yang boleh mencecah hingga RM 3 angka bagi setiap unit yang terjual. KEbiasaanya satu unit sudah melayakkan anda untuk menerima komisen.

 

Pemilihan niche, produk dan program affiliate.

 

Sebelum anda bermula, adalah amat penting untuk anda mengetahui anda nak pilih niche yang mana satu. Kerana anda akan mempromosikan pada prospek yang sesuai dengan niche yang anda promosikan. Jadi ianya lebih tersusun dan mudah untuk anda promosikan kepada prospek. Sebagai contoh jika anda pilih nak promosikan produk affiliate niche kurangkan berat badan, pastilah anda akan promosikan kepada orang yang mengalami masalah berat badan seperti ibu yang baru lepas bersalin dan golongan yang obes.

 

Kat bawah ni saya senaraikan beberapa niche affiliate yang kerap mendapat sambutan:

 

  1. Internet marketing (IM)- niche paling hot dan banyak persaingan
  2. Produk kurus
  3. Produk masakan – resepi, cara buat kek
  4. Permulaan perniagaan – cara nak mulakan bisnes
  5. Facebook ads
  6. Software marketing
  7. Design
  8. Kelas online/offline/ seminar
  9. Produk kesihatan
  10. Kerjaya
  11. Buat duit – ni antara yang paling hot
  12. Properties

 

Bukan tak boleh nak promosikan banyak produk dalam niche yang berlainan. Tapi dikhuatiri prospek anda akan pening dan jadi kirang efisien. Dan keberkesanan untuk kempen promosi anda juga mungkin berkurang kalau niche produk yang anda promosikan itu berlainan dengan minat prospek anda. Dan untuk permulaan ni, saya cadangkan pilih satu niche yang kena dengan jiwa anda dahulu. Lagi anda minat, lagi mudah untuk anda promosikan nanti 🙂

 

So bila anda dah kenalpasti niche apa yang anda nak pilih, anda perlu pilih jenis program affiliate dan produk yang anda nak sertai dan promosikan. Untuk awal-awal ini saya cadangkan pilih dahulu produk yang dijual pada harga yang kurang RM 50 terlebih dahulu. Kebiasaannya produk-produk ini lebih senang convert. Hanya dengan promosikan di wall FB sendiri pun dah boleh convert.

 

Hopefully apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memahami dengan lebih lanjut mengenai affiliate ini.

 

Nak belajar affiliate dengan pakar pemasaran affiliate Malaysia?

 

Masukkan nama dan emel anda untuk mendapatkan maklumat lanjut

 

 

Adakah artikel ini membantu? Boleh tolong share kepada rakan-rakan anda yang lain.

CB Affilliate

CB Affilliate

Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror.

Leave a Replay

About CB AFFILLIATE


Eksperimentasi bisnes affilliate untuk newbie. Try and error tak bermaksud tak terror. Kami share pelbagai jenis program affiliate yang boleh disertai.

Recent Posts

Produk cadangan

Sign up for our Newsletter

Privasi anda terjaga.

Close Menu